us

Daisypath Anniversary tickers

mayra

Lilypie Second Birthday tickers

husna

Lilypie First Birthday tickers

hanan

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, May 30, 2013

::fear.hope.tawakkal::

dalam banyak2 status update orang yang pernah memberi kesan dalam hidup saya antaranya adalah; status yang diupdate oleh seorang kakak senior. 
jangan hancurkan harapan seseorang kerana mungkin itu satu satunya harapan yang dia ada dalam hidup
betul. tambah2 saya pernah share satu video pasal 'life' org2 yang duduk dalam hospital. ade orang ingat anak sulung yang baru nak lahir. ade orang terkesima di diagnos dengan kanser. ade orang bahagia kerana kenaikan pangkat. ada yang happy dapat balik shift awal. dan lain lain lagi. dari harapan; kita mungkin berdepan dugaan. dari dugaan kita belajar erti redha. dan andai lepas dugaan kita fahami maksud syukur. setiap dari kita di uji dengan dugaan yang berbeza ikut tahap kemampuan kita. dan kite kene ingat sesusah susah kita; ade orang lain yang lagi susah. 

masa gugur bulan satu dulu; once doktor bagitau je... masa tu saya rasa macam dunia saya hancur habis. tapi saya lupa; ade orang yang diduga dengan ujian yang lebih berat. manakan tidak kawan sendiri keguguran dua kali berturut turut. astaghfirullah. saya seharusnya istighfar banyak banyak kerana merasakan dunia saya gelita seketika. mahu atau tidak; pengalaman hidup itulah yang akan semakin mematangkan kita. dan semakin meninggikan pergantungan kita kepada Dia. Tuhan yang selayaknya kita sembah. dan Tuhan yang selayaknya kita pohon pertolongan. 

memetik buku ustaz hasrizal; set aku terima nikahnya.. saya juga terkesan dengan point yang kita hidup ni kene banyak memberi. dan kurangkan mengharap. kerana harapan mungkin akan membawa kepada kekecewaan jika tidak ditunaikan. itu rules utama dalam sesebuah perhubungan. baik kita parents; anak; sahabat; suami/isteri; etc etc etc kita kene kurang berharap pada manusia. tinggikan pergantungan pada Allah. dan memberi sehabis daya. kerana hidup akan lebih bererti bila kita memberi manfaat kepada orang lain. 

baru baru ni saya ke kelantan bersama keluarga mertua. ada weddings. sambil2 tu sempat  ziarah saudara mara. saya jugak terkesan dengan skrip seorang saudara yang mesra dipanggil "che' yoh' oleh keluarga mertua. che yoh dah lama sangat jadi tauke murtabak. (tauke tu memang standard tauke besar punye) =) masa kami ziarah che yoh, panggilan dari customer nak order murtabak tak berhenti henti masuk. dan untuk menutup order; che yoh kate
kalu ade murtabak (order) alhamdulillah deh; kalu takde subhanallah deh
dan skrip yang sama utk semua customer beliau. itu juga tips untuk manusia yang bahagia. sentiasa mengingati Allah biarpun semata mata pada order murtabak. rules basic dalam hidup jugak. 
utk semua rezeki yang Allah kurniakan - syukur. 
untuk semua dugaan yang Allah turunkan -syukur jugak 

itu antara perkara yang memberi kesan dalam hidup saya. antara harapan. ketakutan untuk membina harapan dan pentingnya pergantungan pada Allah dalam setiap harapan.wallahu'alam

2 comments:

Angah paktih said...

Berdepan perkara yg sama...uncertainty,membuatkn manusia bertawakal pd Yg Maha ESA...betul,kan?;)

Royal Diaries said...

betul betul betul =)
moga yang baik baik. yang positif positif. yang happy happy akan sentiasa bersama kita.
biiznillah