harini habis keje awal. pukul 2 ptg dah habis. terus bergegas balik rumah kota puteri. petang tu, si bongsu sibuk nak basuh kereta. kakak abang dia layankan aje. tapi bodyguard besaq kene tolong la. nasib la yang tengah dari mesir sedang bercuti.
selaku mak buyung yang dimanja manjakan keluarga, keje saya cuma memerhati gelagat adik adik. habis je toyota unser dan saga flx silver tu dibasuh hasil kegigihan adik tengah dan adik bongsu; cerita lain pulak keluar.
sementara saya memerhati dari sudut pintu rumah; adik adik dah hilang hala tuju. ayah yang sedang mancantas serai yang dah merimbun di laman pon nak join sekali. ibu sekejap melihat tanaman di blakang rumah, sekejap melihat adik adik yg sedang main air. sekejap tengokkan jugak ayah buat ape.
akhirnya ketidak tentuan arah adik adik makin jelas bila air getah yang sepatutnya digunakan untuk membasuh kereta ; habis bertukar function sebagai shower. baik si bongsu... dengan yang kembar dua orang tu... mandi kat luar laaaaa terus. seronok. lagi lagi bila ayah sekali kene tembak ngan paip getah. (oh atas "nasihat" dan usikan ibu jugak)
saya harap saya bole pause masa yang sedang berlalu. memerhati dari sudut pintu ini dan sambil mengusap ngusap perut yang da masuk 5 bulan. rasa macam saya belum habis menghayati setiap saat bersama keluarga saya. dan sekarang saya sedar yang keluarga ini semakin expanding gitu. moga anak yang bakal lahir ini sentiasa penuh dengan kasih sayang. kerana kasih sayang dalam waktu yang amat berkualiti itulah antara perkara yang membentuk peribadi anak ini.
dan yes; sape tak rindu kat abi diaa... *harini khamis;* esok jumaat* isnin ni cuti malaysia*; "abi, ummi nak balik pahang boleeeee?"*
Ya Allah hanya padamu kami bergantung harap. kurniakanlah pada kami kasih sayang yang tidak berbelah bagi dan kekalkanlah ikatan kasih sayang ini sampai ke syurga. baik keluarga hari ini; mahupun keluarga yang akan berkembang nanti.




2 comments:
tiba-tiba rasa sedih nak balik rumah bila baca citer ni..hahaha
@budak alpha: baru nak komen ke.. citer ni dah berhabuk ok =D
Post a Comment