sejak jadi ummi ni... ade banyak perkara yang macam lain macam.. (ceh; amik mode sambungan entry lepas, x tahan~) haha
bende yang tak ada ape pun. normal la. ibu. kejenyer dodoikan anak. (antaranya lah). dodoikan anak sampaiii tertidur.
tapi sebab ummi kan. ummi ni sentimental values dia melampau lampau sikit. xcaye, kne tanye abi dia =D
maka aktiviti mendodoi anak dipangkuan itu terasa macam scene dalam drama. ye la. sambil dodoi anak sambil doakan anak dalam hati.
sambil dodoi anak sambil lihat wajah yang menenangkan hati itu
sambil dodoi anak tiba tiba air mata keluar. apekah? bukan sedih. tapi bahagianya melihat anak yang terlena dalam pangkuan. tak ada kata2 yang boleh bayangkan betapa kasih sayang nyawa jiwa raga ini, terlalu mendalam. hingga menyebabkan ummi sanggup korbankan segala galanya untuk anak ummi.
drama queen la ummi ni.
tak. ini namanya tindakan refleks. refleks dan fitrah naluri seorang ummi.
mungkin ini bahagia yang ibu dan mama rasa membesarkan anak anak yang macam macam kerenah ni.
humairah ummi. kesayangan ummi. moga membesar jadi anak yang solehah sayang. terima kasih sebab sekarang pon dah cukup sejukkan mata dan hati ummi. terima kasih sebab luruhkan jantung ummi dan abi. siapa yang tak jatuh cinta pada ketenangan seorang anak.
ummi sayang humairah insyirah ummi.
alhamdulillah. terima kasih Allah~




No comments:
Post a Comment