us

Daisypath Anniversary tickers

mayra

Lilypie Second Birthday tickers

husna

Lilypie First Birthday tickers

hanan

Lilypie First Birthday tickers

Monday, December 22, 2008

haRi yaNg ~eNtahLa~

Aku mahu pulang. Hari ini hari pertama kelas. “Anginku” tidak berapa baik. Semangatku hilang entah ke mana. Pagi yang berlalu terasa kosong. Aku rindukan rumah. Rindukan ibu. Rindukan ayah. Dan aku rindu suasana di rumah. Penghuni bilik ini hanya tinggal aku dan seorang teman. Kami cuma berdua dalam sebuah bilik yang sepatutnya menempatkan 4 org. Orang yang paling rapat denganku telahpun tamat pengajian sem lepas.

Yang tinggal cuma aku. Sunyi dan sepi. Bukan bererti tak berteman atau tiada teman lain. Masalahnya aku rasa sepi. Aku punya ramai sahabat, tapi yang teramat rapat denganku tiada. Org yang mampu aku luahkan segalanya tiada. Orang yang boleh dijadikan teman untuk sama2 ke kelas tiada. Org yang boleh dijadikan teman kemana-mana tiada.

Mungkin semua ini berpunca dari jadual studyku yang jauh bedanya dgn teman yang seangkatan. Aku mahu habis awal dan trus menyambung master jika diizinkan. Akibatnya, aku punya jadual yang jauhnya setahun @ kurang dari yang lain. Kalau temanku ambil subjek 3rd year sekarang, aku telahpun amik subjek final year.

Sedih pun ada. Sebab takde kawan yang leh sekelas. Takde kawan yang leh jalan sama. Setiap kelas, teman ku berbeza. Tapi, tak bermakna juga aku menyesal dgn plan untuk habis degree awal. Aku kini tinggal lagi dua subjek utk dihabiskan sem pendek depan. Harapnya tiada aral yang melintang. Kalau tak, terpaksa dilanjutkan ke sem 1 2009. Ape pun, aku tetap bersyukur. Cuma ingin meluahkan apa yang terbuku di hati. Aku bersyukur. Dan aku sedar. Di mana pun aku berada, Allah selalu ada buatku. Terima kasih Ya Allah atas setiap bantuan dan nikmat yang Kau berikan. Moga esok, semangat itu muncul!


done, faiRy.

1 comment:

Nur Qistina said...

huhu..sedihnya entry fairy kali nie..rasa cam kite ader persamaan..haha..pe pun cheer up fairy..jgn lupa selepas berlalunya awan mendung..pelangi pasti akn muncul jua..